Sunday, May 22, 2011

"Selesaikan Urusan Kita Dengan Allah, Allah Akan Selesaikan Urusan Kita"

“Seronokkan berkumpul macam ni. Kalau duduk seorang diri, merana kan..”, kata seorang muslimah bertudung labuh.

Merana bukan kerana di makan serigala, tetapi kerana tidak mampu mengawal nafsu dalam diri. Seronok dengan hidup sendiri. Tak sedar ada yang memerhati.

Rata-rata kita biasa mendengar:

Seekor biri-biri bila bersendirian sambil enak menikmati sarapan 'rumput hijau' tentu sahaja akan diterkam serigala dengan mudahnya.

Tahukah kita, pernah berlaku peristiwa pada suatu zaman yang ibaratnya seperti ini:
"Serigala tidak makan biri-biri malah menjaga biri-biri itu"

Zaman apakah itu?

Itulah zaman Khalifah Umar Abdul Aziz
Seorang Khalifah Islam
Keturunan Sayyidina Umar Al-Khattab

Ajaib...
Kenapa serigala boleh berada disisi biri-biri?

Kata kuncinya: "KEADILAN PEMERINTAH"
Sifar kemiskinan
Zakat diamalkan mengikut syari'at
Hidup aman harmoni tiada rompakan
Rakyat ta'at dan baik tanpa sengketa

Apakah rahsianya?
Umar Abdul Aziz ada jawapannya:
"Aku menyelesaikan urusan aku dengan Allah terlebih dahulu, maka Allah menyelesaikan urusanku dengan rakyat kerajaanku."

Kita bagaimana?
Menjaga rakyat jauh sekali
Menjaga diri masih tergapai-gapai
Hendakkan diri berjaya
Hendakkan keluarga harmoni
Inginkan hidup bermakna
Tapi...
Cara apa yang telah kita guna?

"Adakah kita telah selesaikan urusan kita dengan Allah?"

Rasulullah bersabda:
"Jagalah Allah, nescaya Allah akan menjaga kamu"

Semoga tip yang diberikan oleh khalifah Umar Abdul Aziz ini memberi pedoman untuk kita ikuti.

1 comment: