Monday, May 9, 2011

Setiap Bait Kata Seorang Ibu Adalah Doa

Anak derhaka tidak terbilang
Kawan dibakti ibu dibuang
Ilmu agama beransur hilang
Para ulama kian berkurang
Ilmu dunia semakin cemerlang
Menjadi tumpuan smua orang

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila zaman telah dekat, mendidik anjing lebih baik daripada mendidik anak, tidak ada rasa hormat kepada orang yang lebih tua dan tidak ada rasa kasih sayang kepada anak yang lebih kecil, anak-anak zina semakin ramai sehingga laki-laki menyentap perempuan di jalan. Mereka tidak ubahnya seperti kambing yang berhati serigala.” (Hadith Riwayat Tabrani dan al-Hakim)
Refleksi terhadap realiti kehidupan ini, seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak. Tetapi, di sebalik pengorbanan itu belum tentu sepuluh orang anak mampu menjaga dan berbakti kepada seorang wanita yang bernama ibu. Membesarkan anak adalah mudah tetapi hendak membentuk peribadi seorang anak memerlukan pengorbanan yand sangat tinggi.

“Dan Kami wasiatkan kepada manusia, terhadap ibu bapanya. Ibunya mengandungkan dengan (menderita) kelemahan di atas kelemahan dan menceraikannya daripada susuan dalam dua tahun (iaitu): Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu. Kepada-Ku tempat kembali.” (Surah al-Lukman ayat 14).

Meyingkap kembali kisah si Tanggang, arahan oleh Dato’Jamil Sulong (1961), dilakonkan oleh Dato’ Jins Samsuddin sebagai Tanggang dan Nurmadiah sebagai Dermai, ibu kepada Tanggang. Kisah popular ini memaparkan bagaimana pengorbanan seorang ibu dalam mendidik seorang anak dari kecil sehingga dewasa. Namun, segala jerih payah si ibu bukan sahaja telah dilupakan oleh si Tanggang malah dibalas pula dengan tindakan kasar sehingga mengguris perasaan ibunya. Akhirnya, setelah kecewa dengan sikap Tanggang yang tidak mengenal siapa dirinya, doa si ibu dimakbulkan oleh Allah dan riwayat hidup si Tanggang berakhir  dengan gelaran si Tanggang anak derhaka. Kisah-kisah lain yang menyelitkan pengajaran yang sama  ialah seperti Tanah Kubur, Pondok Buruk dan Malin Kundang.

Kisah si Tanggang mungkin sudah lama untuk dibicarakan. Namun begitu, jika dunia zaman kuno boleh berubah menjadi moden, si Tanggang juga tidak mustahil boleh bertukar menjadi si Tanggang moden. Catatan sejarah, 15 Januari 2010, seorang lelaki yang menghidap penyakit buah pinggang ditinggalkan oleh anaknya di  pusat hemodialisis yang terletak di Kangar. Selain itu, bilangan penghuni di Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencecah peningkatan sebanyak 30% dan kajian daripada  Jabatan Kebajikan Perubatan Sosial telah mencatatkan sebanyak 368 pesakit di Hospital Kuala Lumpur tidak dijemput sehingga Oktober 2009 yang lalu. Ini mengambarkan bahawa terlalu ramai kelahiran gologan si Tanggang moden. 

Cuba kita renung kembali kenapa perkara ini boleh terjadi? 
Apakah punca utama wujudnya golongan seperti ini? 
Dan sekiranya si Tanggang moden ini berleluasa di muka bumi ini, apakah kesannya kepada kehidupan kita dan kehidupan akan datang? 
Siapa golongan yang perlu memainkan perana penting untuk menyelesaikan masalah ini? 

Sudah tentulah salah satu punca utama yang diabaikan oleh rata-rata ibu bapa pada zaman moden in ialah kurangnya didikan agama. Ibu bapa tidak sepatutnya hanya mementingkan kecemerlangan akademik semata-mata tetapi kecemerlangan dari sudut akhlak dan peribadi diri yang berkualiti juga perlu diserapkan dalam mendidik dan membentuk anak-anak.

Pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca kebiadapan seorang anak kepada orang tuanya. Akibat mementingkan kehendak kawan-kawan, perasaan dan kehendak ibu bapa diabaikan. Di mana prioriti kita?Kawan atau ibu bapa? Tambahan pula, redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa. Sekiranya kawan yang dipilih adalah seorang yang berperibadi mulia, sudah tentu kita dibimbing untuk berbakti kepada ibu bapa.

“Berbaktilah kamu kepada ibu bapa kamu agar anak-anakmu kelak berbakti kepadamu dan peliharalah dirimu daripada penzinaan agar isteri-isteri kamu memelihara dirinya” (Hadith Riwayat Tabrani)

Sikap derhaka kepada orang tua ini memberi kesan negatif bukan sahaja kepada generasi kini malah ia melibatkan generasi akan datang. Merujuk kepada hadith riwayat Tarmizi  di dalam buku empat puluh hadith tentang pristiwa akhir zaman susunan oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (m/s 80), salah satu penyebab turunnya bala dari Allah adalah derhaka kepada ibu bapa. Memang tidak dapat dinafikan terlalu banyak gempa bumi berlaku baru-baru ini. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa semakin hampirnya hari kiamat. Inilah yang dikatakan ibu telah melahirkan tuannya. Pepatah barat;“What you give, you get back” ada benarnya. Akhlak dan peribadi kita ketika usia remaja dapat memberi kesan kepada anak-anak kita. Apa yang kita beri kepada ibu bapa kita sekarang, kita akan dapat kembali daripada anak-anak kita. 

Sesungguhnya Allah itu Maha Adil.
Rasulullah s.a.w. bersabda;“Dua kejahatan yang dibalas oleh Allah di dunia adalah berzina dan derhaka kepada ibu bapa.”(Hadith Riwayat tabrani).
 Jelaslah di sini bahawa, derhaka kepada ibu bapa adalah salah satu dosa besar yang disegerakan azabnya di dunia. Oleh itu, berhati-hatilah  dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh seorang ibu kerana setiap bait katanya adalah doa.
Daripada Abu Abd Rahman Abdullah bin Mas’ud, “Aku brtanya kpd Nabi s.a.w. amalan manakah paling disukai Allah?” Baginda menjawab, “solat pada waktunya”. “Saya bertanya lagi,kemudian apa?”  Baginda menjawab, “kemudian berbakti kepada orang tua.” “ Saya bertanya lagi,kemudian apa?” Baginda menjawab, “ jihad pd jalan Allah.””


Suruhan berbakti kepada ibu bapa banyak di terangkan di dalam Al Quran. Di antaranya dalam Surah Annisa’(ayat 36), Al-Isra’(ayat 23 hingga 24) dan surah Luqman(ayat 14). Berdasarkan ayat-ayat ini, Allah menyuruh manusia menjaga kebajikan dan hubungan dengan orang tua dan kita dilarang menderhaka kepada mereka  selagi sesuatu yang disuruh oleh ibu bapa tidak bertentangan dengan hukum syara’.

Dalam mencari penyelesaikan kepada krisis si Tanggang moden ini , kedua-dua belah pihak iaitu ibu bapa dan anak-anak  memainkan peranan penting . Menerusi medium teknologi tanpa batasan yang semakin meningkat kemajuannya, ibu bapa perlu menggunakan segala kemudahan teknologi yang sedia ada supaya didikan anak-anak berlaku secara berterusan. Selain itu, insan yang bergelar seorang ibu perlu berhati-hati dalam berbicara. Rasulullah s.a.w. bersabda, “berkatalah baik atau diam”. Dalam hal ini, ibu bapa perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak. Anak-anak adalah amanah Allah. 

Kita yang bergelar anak juga perlu berhati-hati dalam bertutur bicara dengan ibu bapa. Penderhakaan kepada orang tua tidak berlaku secara lahiriah atau di hadapan ibu bapa sahaja. Tindakan fizikal lain yang mungkin tidak diketahui oleh ibu bapa kita boleh dikategorikan sebagai menderhaka atau menzalimi ibu bapa secara tidak langsung. Contoh terdekat ialah kehidupan anak-anak sebagai seorang pelajar. Gejala ponteng kelas tanpa sebab dan menunakan duit untuk perkara yang tidak sepatutnya juga merupakan salah satu jenis penderhakaan kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, setiap diri anak-anak itu perlu ada cita-cita untuk menjadi insan yang soleh dan solehah kerana itu adalah impian ibu bapa kita. Hanya tiga amalan yang akan menemani kita ke kubur setelah roh berpisah dari jasad iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan doa daripada anak yang soleh. Wallahu a’lam.


Thursday, May 5, 2011

Ibrah Dari Tiga Haiwan Yang Disebut Dalam Al-Quran


Allah tidak menciptakan suatu makhluk dari yang paling kecil sehingga yang paling besar, dari yang bentuknya tidak sempurna sehinggalah kepada yang paling sempurna, kecuali terselit ilmu disebalik penciptaan itu, tersurat hikmah dan manfaat di dalamnya.

Nyamuk, makhluk kecil yang dikatakan mampu menyebarkan penyakit merbahaya sehingga boleh membunuh manusia diantaranya demam berdarah, malaria dan sebagainya. Namun,pasti ada hikmahnya, pasti ada manfaatnya. Antara hikmahnya, ramai peniaga memperoleh rezeki melalui penjualan ubat pembunuh nyamuk. Dengan sebab nyamuk itu juga, kita telah belajar untuk sentiasa menjaga kebersihan sekaligus mengaplikasikan apa yang Rasulullah ajarkan. Secara tidak langsung, kita menjaga iman kerana kebersihan itu sebahagian daripada iman.

Lalat pula seekor haiwan yang sinonim dengan kawasan kotor, sentiasa berdamping dengan sampah sarap. Hikmahnya, kerana lalatlah kita telah belajar untuk menyediakan tempat membunag sampah yang tidak terbiar, bahkan Rasulullah pernah mengabadikan lalat tersebut dalam sebuah hadith yang menyuruh kita supaya mencelupkan seluruh bahagian lalat ketika lalat terjatuh ke dalam minuman kita disebabkan salah satu daripada sayapnya merupakan penawar dari penyakit yang dibawanya.

Selain itu, Allah telah mengabadikan beberapa haiwan di dalam Al-Qur'an sebagai gambaran terhadap hikmah dan ilmu dibalik penciptaannya. Kita sebagai manusia, makhluk berakal seharusnya mengambil ibrah dari penciptaan tersebut. Haiwan-haiwan ini sebenarnya menjadi gambaran kepada ragam dan sifat manusia.

Terdapat tiga jenis haiwan yang dinyatakan di dalam Al-Quran secara jelas iaitu:

1. Al 'Ankabut (labah-labah)

Haiwan yang sudah menjadi inspiras di kalangan dunia hollywood ini telah berjaya mendatangkan keuntungan berjuta dollar dan ringgit. Haiwan ini termasuk dalam golongan haiwan yang suka menyendiri. Tidak pernah terlihat suatu komuniti labah-labah yang hidup berkelompok. Malah, mereka biasanya bergerak sendiri-sendiri untuk mencari makan, bahkan kadang-kadang saling bermusuh-musuhan sesama mereka. Sarang di buatnya terlihat kuat, namun hakikatnya mudah hancur. ketika sarangnya di serang, labah-labah ini tidak mampu mempertahankan diri. Labah-labah menggambarkan sifat manusia yang tidak suka berjamaah, merasa tidak memerlukan manusia lain, tidak saling bantu-membantu dan kelihatan tenang namun membahayakan. Golongan manusia ini tidak suka memberi manfaat untuk manusia lain disekitarnya. Sungguh sangat rugi abila kita mengikuti sifat seperti yang digambarkan oleh labah-labah.

2. An Naml (semut)



Haiwan kecil ini merupakan gambaran dari komuniti yang suka bersilaturrahim. Ketika bertemu sentiasa berjabat tangan. Mereka saling bantu-membantu dan memahami makna silaturrahim yang dapat meluaskan rezki, memanjangkan umur, dan mengampuni dosa-dosa. Haiwan sekecil ini mampu mengalahkan gajah yang besarnya beribu kali ukuran tubuhnya. Namun demikian, semut kurang bisa membentuk sebuah sarang yang kokoh, manakala manusia menghancurkan sarang semut, maka perlawanan mereka pun tidak dapat menyelamatkan diri dan komunitinya. Gambaran manusia seperti ini adalah manusia yang suka bekerjasama, bersilaturrahim, namun masih tercerai berai manakala terjadi perbezaan pendapat, sehingga manakala di adu domba oleh musuh-musuhnya dan dengan mudah dapat dihancurkan.

3. An Nahl (lebah)
Haiwan ini pula merupakan gambaran dari indahnya akhlak seseorang. Sifat suka bekerja keras terserlah kerana lebah mampu menjangkau 1/4 bumi hanya untuk mencari sumber madu yang baik. Lebah sangat berfaedah kepada makhluk lain. Sebuah ranting tua tidak mudah patah tatkala bergantungnya sarang lebah di situ. Lebah mengambil madu dari bunga, dan memberi manfaat kepada bunga itu. Gambaran lebah adalah gambaran manusia yang suka memberi manfaat untuk manusia disekelilingnya. Tidak suka merugikan orang lain, bekerjasama dan suka berkongsi kerana seekor lebah akan memberitahukan komunitinya bahawa dia menemukan sumber madu bunga yang baik. Manusia yang memiliki sifat seperti lebah ini tidak akan rugi hidupnya. Disamping itu, sarang lebah sangat kukuh, manakala terjadi serangan terhadap sarangnya, maka berbondong-bondong mereka akan bekerja sama menghancurkan musuhnya. Sarang yang kukuh dan unik ini juga menggambarkan lebah adalah jurutera terbaik ciptaan Allah.

Dari penciptaan yang unik ini
Kekuasaan Allah sangat terserlah
Supaya manusia berfikir sejenak
Supaya manusia mengutip ibrah
Supaya manusia ingat padaNYA

Allah Maha Besar
Allah Maha Bijaksana
Allah Maha Berkuasa
Maha Suci Allah dari segala cacat dan cela

Sunday, May 1, 2011

Hukuman Terhadap Orang Yang Menuduh Zina Tanpa 4 Saksi

Santapan rohani kali ini berkaitan dengan isu semasa di negara kita Malaysia.
Sama-sama kita tingkatkan kefahaman supaya lebih jelas membezakan mana yang hak dan mana yang batil. Oh rakyat Malaysia, sedih sayu hati ini memikirkan hari-hari mendatang. Pasti sedih Rasulullah s.a.w. ,melihatkan keadaan umat Islam yang hanyut ditelan keseronokan duniawi sehingga hilang rasa takut pada Ilahi.

Hadis Rasulullah SAW:

“Jangan buka aib orang kerana Allah akan membuka aibmu walaupun di dalam rumahmu sendiri”


"Sesungguhnya saya lebih menghargai Malaysia yang selamat biarpun sederhana pembangunannya pada suatu ketika dahulu, berbanding Malaysia kini yang zahirnya gah,tetapi tercabut rasa tenteram dan selamat daripada kehidupan kita semua. Inilah hukuman Allah bagi dunia yang membelakangkanNYA" [dipetik dari buku 'aku terima nikahnya' yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil:m/s 144]

Friday, April 29, 2011

Tiga Jenis Diri (Nafs) di dalam Al-Quran

Pengunjung lautbiru yang di sayangi kerana Allah, kali ini pemburuCintaiLahi ingin berkongsi sedikit mutiara ilmu tentang nafs yang terdapat dalam diri kita. Marilah sejenak memuhasabahkan diri ditingkatan manakah nafs kita dan marilah bersama kita berusaha mengislahkan diri untuk mencapai nafs mutmainnah. Teruskan menbaca dan jangan lupa berusaha untuk beramal kerana Allah.

1. Diri yang menyuruh kepada keburukan - nafs amarah bis-su'

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Yusuf,12:53)

Ayat di atas mengisahkan tentang Nabi Yusuf yang mengakui bahawa hanya dengan rahmat Allah dirinya telah terselamat dari terjerumus ke dalam maksiat. Fakta penting yang hendak diambil dari ayat ini, antara sifat/jenis diri (nafs) kita ialah ia menyuruh kepada kejahatan. Memang Allah telah menjadikan hati kita bagaikan bekas (Au'iyah), di mana hati yang terbaik menyimpan segala yang baik dan haq, dan amat buruklah hati yang mengandungi kebatilan dan telah rosak/'corrupt'. Allah telah mecipta hawaa (kecenderungan diri terhadap sesuatu) yang boleh menguasai hati, untuk menguji hati-hati supaya dalam menentang hawaa hati-hati ini dapat mencapai kehidupan yang hakiki di syurga kelak.

Nafs (diri) yang menyuruh ke arah keburukan ini telah dijadikan sehaluan dengan hawaa. Allah telah mewajibkan hambanya di dalam kehidupan yang singkat ini, untuk mengingkari nafs-amaarah, melawan haawa, menghalang diri dari menurut segala kemahuan yang tentunya akan membawa kepada kemusnahan diri. Ini supaya diri itu mendapat ganjaran yang berkali-ganda enaknya dari apa yang ditinggalkan di dunia.

Firman Allah di dalam Al-Qur'an:

"Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal(nya)."(An-Naazi'aat,79:40-41)

2. Nafsul lawwamah
Aku bersumpah demi hari kiamat, dan aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali (dirinya sendiri) (Al-Qiyaamah:2) 

Nafsul lawwamah diertikan di dalam tafsir di atas sebagai jiwa yang amat menyesali diri sendiri, juga boleh dimaksudkan sebagai diri yang berbolak-balik, yang sentiasa mengkritik balik segala amalan: "mengapa aku lakukan begitu? Adakah tujuanku untuk manusia atau untuk Allah Yang Esa? Mengapa aku tak lakukan dengan lebih baik?" dan sebagainya. Sememangnya inilah antara sifat seorang mukmin yang sentiasa risau akan kedudukan amalannya.

3. Nafsul Mutmainnah

Dengan indahnya diungkapkan dalam surah Al-Fajr:

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya.
Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,
masuklah ke dalam syurga-Ku.(Al-Fajr:27-30)


Inilah diri yang tenang. Tenang dengan segala yang diqadarkan Allah, tiada yang mengubah ketenangannya, yang membuat ia risau, kejayaan tidak membuat hatinya bersorak gembira, kesusahan tidak membuatnya gelisah dan berputus-asa, ini kerana ia yakin bahawa apa yang terjadi telah ditentukan dari awal lagi.

Tidak ada suatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; dan barangsiapa yang beriman kepada Allah niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (Taghaabun,64:11)
 

Rujukan: http://bicaramuslim.com

Saturday, April 23, 2011

Parasitisme ilmu

Pengembara lautbiru yang dihormati, untuk entri pada kali ini saya petik mutiara ilmu dari sebuah website :
http://salafiyunpad.wordpress.com/2007/11/03/titian-dalam-menuntut-ilmu-bagian-kedua-habis/
berkisarkan tentang  gejala parasitisme yang terdapat pada golongan yang menuntut ilmu. Gejala ini sangat merbahaya sehingga boleh menjerumuskan seseorang penuntut ilmu itu ke dalam api neraka. Ambillah pengajaran dari mutiara ilmu pada kali ini untuk sama-sama kita perbaiki diri dan amal ibadah kita.InsyaAllah.


Berbagai tujuan yang tidak suci sering mencemari ilmu kita seperti kurangnya keikhlasan, untuk mengejar kesenangan duniawi, ketenaran, pangkat, jabatan, gelar, untuk membodohi orang awam, untuk berbangga dihadapan para ulama, dsb, berikut ini kita singgung sedikit beberapa hal terpenting yang menyebabkan ilmu kita tidak bermanfaat.

Pertama: Berpegang dengan hawa nafsu setelah datangnya ilmu.

Di antara sebab-sebab yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan ilmu ialah tidak mengamalkan ilmu itu sendiri, serta masih mendahulukan emosional hawa nafsu, bentuk-bentuk mendahulukan hawa nafsu itu sendiri beragam, seperti berpegang kepada bukan wahyu ilahi, adakalanya kepada akal semata, atau kepada hawa nafsu, atau kepada mimpi, atau kepada pendapat tuan guru dan pemimpin suatu kelompok tertentu (ta’ashub dan taqlid buta), sekalipun hal itu nyata-nyata bertentangan dengan ilmu yang dimilikinya, baik yang berhubungan dengan aqidah, ibadah maupun dakwah dan muamalah.

Hal ini diceritakan oleh Allah dalam Al Quran tentang ulama-ulama orang yahudi, mereka memiliki ilmu, tetapi ilmu tersebut tidak memberi manfaat kepada diri mereka dalam mengambil kebenaran. Sebagaimana yang terdapat dalam firman Allah,

“Perumpamaan orang-orang yang dibebankan kepada mereka Taurat kemudian mereka tidak mengamalkannya adalah seperti keledai yang membawa lembaran-lembaran yang tebal”. (QS. Al Jum’ah: 5).

Allah mencela orang-orang yahudi karena mereka tidak mengamalkan Taurat yang merupakan ilmu yang dibawa nabi Musa ‘alaihi salam kepada mereka. Di antaranya adalah mereka tidak mau beriman dengan kenabian Muhammad shalallahu ‘alaihi wa sallam, yang sudah diberitakan tentang kedatangannya dalam kitab mereka Taurat, bahkan mereka mengenal ciri-cirinya lebih dari mengenal ciri anak-anak mereka sendiri, bahkan mereka tidak cukup sampai di situ tetapi mereka sesat lebih jauh lagi dengan mengubah isi Taurat itu sendiri sesuai dengan kemauan dan kehendak mereka sendiri. Contoh lain dalam Al Quran tentang orang yang tidak mengamalkan ilmunya, terdapat dalam firman Allah;

“Dan bacakanlah kepada mereka tentang berita orang yang telah kami berikan kepadanya ayat-ayat kami (pengetahuan tetang isi Alkitab), kemudian ia berlepas diri dari ayat-ayat itu, lalu syaitan mengikutinya (sampai ia tersesat), maka ia terjerumus menjadi orang-orang yang sesat. Dan jika kami berkehendak, sungguh kami angkat (derajat)nya dengan ayat-ayat tersebut, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya (yang hina)”. (QS. Al A’raaf: 176,175).

Dalam ayat ini Allah mengisahkan seseorang yang telah diberi ilmu tentang kebenaran yang harus diikutinya, tetapi orang tersebut berpaling dari mengikuti ilmu yang benar tersebut, saat syaitan melihatnya dalam hal demikian, maka syaitan seketika itu pun ikut mendorongnya untuk meninggalkan kebenaran itu, lalu syaitan semakin menyesatkannya, akhirnya ia terjerumus ke dalam kesesatan yang amat jauh.
Padahal kalau ia mahu untuk mengamalkan ilmu dan mengikuti kebenaran yang telah dimilikinya, sesungguhnya Allah akan mengangkat darjatnya dengan kebenaran tersebut, tetapi Allah menghinakannya kerana ia terlebih dulu telah menghinakan kebenaran dan membuangnya di belakang punggungnya, ia lebih mengutamakan kesenangan duniawi dari kesenangan ukhrawi, ia lebih suka mengikuti hawa nafsunya yang sesat lagi hina dari mengikuti hidayah yang berkilau bagaikan cahaya.

Hal ini pulalah yang menimpa sebagian peribadi dan kelompok dalam Islam yang menisbatkan diri mereka kepada pendakwah, terlebih khusus sebagian saudara kita yang telah diberi kesempatan oleh Allah untuk menuntut ilmu di Universiti Islam yang tegak di atas Al Quran dan Sunnah menurut pemahaman salafus shalih, mereka masih mendahulukan hawa nafsunya dan mendahulukan kepentingan duniawi, atau kepentingan kelompoknya di atas kepentingan Allah dan Rasul-Nya.

Betapa banyaknya ayat Al Quran mencegah kita dari mengikuti hawa nafsu setelah jelasnya kebenaran dan setelah datangnya ilmu, karena hal inilah yang menyebabkan melencengnya ahlul kitab dari mengikuti kebenaran. Di antaranya firman Allah yang mulia:

“Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya, dan jika kamu mengikuti hawa nafsu mereka setelah pengetahuan datang kepadamu (niscaya) Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolongmu”. (QS. Al Baqarah: 120).

Maka di awal tahun ajaran baru ini penulis ingin mengingatkan diri serta para ikhwan seluruhnya baik yang baru datang maupun para ikhwan yang lama, mari kita bersama-sama untuk kembali mengintropeksi diri kita masing-masing dalam hal yang satu ini yaitu jangan kita sampai mendahulukan kepentingan duniawi di atas kepentingan ukhrawi.

Di antara keutamaan ilmu salaf adalah dekatnya buah ilmu mereka, ertinya ilmu mereka tersebut membuahkan amal soleh, seperti bersikap lembut terhadap sesama makhluk, mencintai kebenaran untuk seluruh makhluk, bukannya bahagia dengan kesalahan orang lain, sedikit berbicara banyak beramal, menimbulkan kekhusyukan dalam beribadah, menimbulkan rasa takut kepada Allah.

Salaf dalam menuntut ilmu lebih banyak mementing buah dari pada mengonggok batang, ibaratkan orang yang berkebun yang penting adalah banyaknya hasil perkebunan, bukan luas dan banyak bibit yang semai, untuk apa banyak pohon yang ditanam tapi tidak satu pun yang menghasilkan buah, dan akan lebih baik lagi orang yang punya perkebunan luas dan memiliki hasil panen yang banyak.

Disebutkan dalam pepatah arab: “Ilmu tanpa amal bagai pohon yang tidak berbuah”. Dalam pepatah lain: “Petiklah ilmu dengan amal, jika tidak ia akan pergi”. Diantara buah ilmu adalah membuahkan rasa takut kepada Allah, sebagaimana yang disebutkan Allah dalam firmanNya mulia:

“Sesungguhnya yang paling takut kepada Allah di antara hamba-hambaNya adalah para ulama”. (QS. Faathir: 28).

Berkata sebagian salaf, “Ilmu bukanlah dengan banyaknya riwayat tetapi ilmu adalah rasa takut (kepada Allah)”. Berkata lagi sebagian yang lain: “Barang siapa yang takut kepada Allah maka ia adalah seorang ‘alim, dan barang siapa yang melakukan maksiat kepada Allah maka ia adalah seorang jahil”.

Di antara buah ilmu salaf adalah memberikan kekhusukan kepada mereka dalam beribadah.Ilmu yang bermanfaat adalah memperkenalkan pemiliknya dengan robbnya dan menunjukkan jalan kepada robbnya sehingga ia mengenalNya, mengesakanNya dalam segala bentuk ibadahnya, merasa senang dan dekat denganNya, ia menyembah robbnya seakan-akan ia melihatNya.

Oleh sebab itu kebanyakan para sahabat berkata: “Sesungguhnya yang pertama sekali diangkat dari tengah-tengah manusia adalah rasa khusuk dalam ibadah. Berkata Ibnu Mas’ud: “kebanyakan orang membaca Al Quran tidak melewati tenggorokannya, dan tetapi jikalau tertancap dalam hati, ia akan lengket dan bermamfaat”. Berkata Hasan Al Bashri: “ilmu itu ada dua macam; ilmu di atas lidah, itu adalah hujjah Allah di atas anak Adam, ilmu dalam hati, itulah ilmu yang bermanfaat”.

Oleh karena kebanyakan salaf berkata, ”ulama itu ada tiga golongan; pertama: ‘alim dengan Allah, ‘alim dengan perintah Allah, kedua: ‘alim dengan Allah tetapi tidak ‘alim dengan perintah Allah, ketiga ‘alim dengan perintah Allah tetapi tidak ‘alim dengan Allah”. (Fadhlu ilmu salaf: 50).

Kedua: Suka berdebat dan berjidal.

Telah terdapat dalam sebuah hadits tentang larangan berjidal,
“Tidaklah suatu kaum menjadi sesat setelah diberi petunjuk kecuali setelah mereka mendapati jidal” kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam membaca ayat “Tidaklah mereka itu memberikan perumpamaan kepada engkau kecuali sekedar untuk untuk membantah saja, tetapi mereka itu adalah kaum yang suka bertengkar (QS. Az Zukhruf: 58)”. (HR. At Tirmizi no: 3253, hasan shohih).

Telah berkata sebahagian salaf: “Apabila Allah mengehendaki suatu kebaikan untuk seorang hamba, Allah membukakan untuknya pintu amal, dan menutup darinya pintu jidal, dan apabila Allah mengehendaki kejelekan untuk seorang hamba, Allah menutup untuknya pintu amal dan membuka baginya pintu jidal”.

Berkata Imam Malik: “Berjidal adalah menghilangkan cahaya ilmu dan mengeraskan hati, serta menyebabkan permusuhan”. (Ibnu Rajab, Fadhlu Ilmi Salaf: 35). Diantara sifat salaf adalah sedikit berbicara, diamnya salaf dari berbantah-bantahan dan berjidal bukannya karena mereka itu lemah dan bodoh, tetapi mereka diam di atas penuh ilmu dan penuh takut kepada Allah.

Adapun banyak pembicaraan dan komentar dari orang-orang setelah mereka bukan berarti mereka lebih berilmu dari salaf tetapi disebabkan karena mereka suka banyak bicara dan kurangnya sikap wara’. Sebagaimana yang dikatakan Hasan Al Bashri tatkala ia menyaksikan orang saling berdebat, “mereka adalah kaum yang malas beribadah dan suka berbicara serta tidak memiliki warak makanya mereka suka ngobrol”. (Ibnu Rajab, Fadhlu Ilmi Salaf: 36).

Berkata Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu: “Sesungguhnya kalian berada di zaman yang banyak ulamanya sedikit para khatibnya, akan datang sesudah kalian masa yang banyak khatibnya tetapi sedikit ulamanya, barang siapa yang luas ilmunya dan sedikit omongannya, maka ia adalah terpuji, dan barang siapa yang sebaliknya maka ia adalah tercela”.

Ibnu rajab berkata; “Kebanyakan generasi sekarang mengira bahwa banyak bicara, suka berjidal, suka berbantah dalam masalah agama, adalah lebih tahu dari orang yang tidak seperti demikian, inilah suatu kebodohan, coba kita lihat bagaimana para sahabat sangat sedikit perkataan mereka bila dibandingkan dengan perkataan tabi’in, sedangkan para sahabat jauh lebih berilmu bila dibandingkan dengan tabi’in, begitu juga halnya tabi’ut tabi’iin dengan tabi’in, ilmu bukanlah diukur dengan banyak riwayat dan tidak pula diukur dengan banyak omongan tetapi ilmu adalah cahaya yang diberikan Allah ke dalam hati seseorang yang menjadikannya paham tentang kebenaran, dan mampu membedakan antara yang hak dengan yang batil, serta mengungkapkannya dengan perkataan yang simpel dan padat serta tepat dalam menyampaikan kepada apa yang di maksud”. (Ibnu Rajab, Fahdul Ilmi Salaf: 37-38).

Maka perlu untuk diketahui bahwa sesungguhnya bukanlah setiap orang yang luas pembicaraannya, pintar berbicara lebih berilmu dari orang yang tidak demikian halnya, sungguh di akhir zaman ini kita telah mendapat cobaan dari sebahagian manusia yang berpandangan demikian.

Ketiga: Mendahulukan kepentingan duniawi diatas kepentingan ukhrawi

Ibnu Rajab menyebutkan dalam kitab beliau (Fadhl Ilmi Salaf hal: 52-54) beberapa bentuk sikap orang yang memburu kesenangan dunia dengan memobilisasi ukhrawi, adakalanya mengaku memiliki ilmu tentang keagamaan, tetapi tujuannya dibalik itu adalah ingin mencari kududukan di tengah-tengah manusia, baik di kalangan penguasa atau lainnya, atau untuk mencari pengikut yang banyak dan berbangga dengannya, seperti mengaku sebagai wali dan sebagainya.

Di antara ciri-cirinya lagi adalah tidak mau tunduk kepada kebenaran, dan memiliki kesombongan terhadap orang yang menegakkan kebenaran, apalagi bila orang tersebut tidak terpandang di mata manusia, kemudian tetap berpegang dengan kebatilan karena takut terbukanya kedok kesesatan dan kebodohannya, saat tersebarnya kebenaran di tengah-tengah manusia.

Boleh jadi kadangkala ia mencela dirinya sendiri, agar dianggap sebagai orang yang memiliki sifat tawadhu’, supaya orang lain memujinya. Dalam kenyataan sehari-hari kita sering menyaksikan orang-orang yang binasa dan celaka dalam berbagai lembah yang hina, demi mencari kesenangan duniawi dengan memperdagangkan urusan ukhrawi, ada yang binasa di lembah maksiat, bid’ah, popularitas, atau lembah partai politik, dan lain-lain sebagainya. Allah telah berfirman dalam kitab suciNya:

“Barangsiapa yang menghendaki kehidupan duniawi dan perhiasannya, niscaya kami akan memberikan balasan amalan mereka di dunia dengan sempurna, dan mereka tidak akan dirugikan sedikitpun didalamnya, mereka itulah orang-orang yang tidak mendapatkan di akhirat kelak kecuali neraka, dan hilanglah segala apa yang mereka usahakan di dunia, dan sia-sialah segala apa yang telah mereka kerjakan”. (QS. Huud: 15,16).
Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud radhialhu ‘anhu, bahwa ia berkata,
“Kalaulah seandainya pemilik ilmu menjaga ilmu dan meletakkannya pada orang yang sebagai pemiliknya, sungguh mereka akan memimpin zaman mereka, tetapi mereka memberikannya pada pemilik dunia, supaya mereka memperoleh keduniaan mereka, maka mereka dihinakan (di hadapan) pemilik dunia, aku telah mendengar Nabi kalian bersabda: “Barang siapa yang menjadikan kepentingannya satu kepentingan yaitu kepentingan akhiratnya niscaya Allah akan mencukupkan kebutuhan dunianya, barangsiapa yang terpencar-pencar kepentingannya dalam urusan dunia, Allah tidak menghiraukan di lembah manapun ia binasa”. (HR. Ibnu Majah no: 257).

Imam Asy Syaukany mengulas dalam kitanya “Adabuthalab wal muntahal’arib”, diantara sebab yang membuat seseorang menjauhi kebenaran, dan menyembunyikan dalil-dalil kebenaran serta tidak menerangkan apa yang diwajibkan Allah kepadanya untuk menerangkannya adalah kecintaan kepada kehormatan dan harta. 

Banyak fenomena yang kita saksikan di tengah para tholabul ‘ilmi, yang tidak mungkin kita kupas dalam bahasan yang ringkas ini, tetapi orang yang arif dan bijak dengan isyarat sudah cukup untuk mengingatkannya. Wallahu a’alam bishawaab.